Sunday, April 29, 2007

Alya & Nenek

Sunday, macam biasa Alya balik rumah Tok kat Jelutong. Jumpa nenek Munah. Alya is very lucky sebab dapat jumpa Nenek, she is 80+ sekarang tapi masih kuat. Boleh berkebun lagi. Seronok la nenek dapat main dgn cicit dia, Alya pulak dapat chocolate sebungkus apa lagi...bukan main seronok la dia... Location: bilik Pak Zaid, bakal lawyer...masya Allah semaknya la...dgn buku2 law ngan kertas bertampal kat dinding..nak exam katanya...

Sunday, April 22, 2007

Kunjungan Noor Amir Hirzan

Hari Ahad pagi, Nita n Burn bawak Noor Amir Hirzan mai rumah Alya. Alya tunggu lama gak sampai dia ngantuk, so tido seround dulu sementara tunggu baby Amir sampai. Dalam kul 11 lebih baru sampai. Masya Allah, dah besor, gebu and bulat2 kaki tangan Amir. Lain sungguh masa jumpa 1st day kat spital dulu. Kecik jer..1.9kg masa tu. Skang tu dia..apa pun semoga sihat, comel dan bijak cam ibu ngan abah dia. Lepas baby Amir sampai Alya pun bangun. Biasalah dia mula2 muka jadik masam sebab tak kenal, tapi lepas2 tu dia ok. Mama plak tak masak sebab sibuk ngemas. So bawak semua pegi makan kat Nazir Nasi Ayam. Amir tido baik punya dalam restoran, Alya cam biasa sibuk nak makan nasik.

Friday, April 20, 2007

Alya @ Janji Manismu

Jumaat malam, last minute plan. Petang tu Marleny online YM, dah lama tak jumpa dia. So ajak p keluar makan. And sekali ajak Zafry yang dah lama tak jumpa Leny jugak. Sal, punya jenuh nak pujuk ajak join, last2 dia pun ok tapi cam biasalah lambat. Nasib baik tak sesat, kalau tak lagi lambat dia sampai. CT..ikut En Abu balik mai sini, so dia bleh ikut Angah @ Sal dia tu balik Perda. Dah lama tak jumpa, so kira cam mini reunion la malam tu. Lokasi?? Janji Manismua..nama bukan main laie..opposite Hotel Seri Malaysia. Food?? Boleh tahan la..apa pun it was a great mini reunion. Sempat jumpa Anuar Sabtu a.k.a Nuad. Dia mai jumpa Abu nak beli kereta baru beb sempena dapat anak baru hehehe...








Alya & Uncle Zafry

Alya & Marleny & Sal

Saturday, April 14, 2007

Alya si Tukang Semak

Hari Sabtu pagi, mama sibuk nak kemas rumah tapi Alya sibuk angkut semua toys dia and bagi semak. Then jumpa plak pen ayah, habis muka ngan baju baru ayah beli dia conteng...ish ish..macam Komeng! Lepas tu terus kena marah, tapi pun dia buat tak tau jer la...tengok Playhouse Disney Channel sambil dok menari-nari...nak marah lagi pun dah tak boleh sebab tengok gelagat dia..Alya..Alya...



Saturday, April 07, 2007

Alya@ Penang Airport

Dah lama tak update blog, sibuk sebab banyak emergency kes...ni ada photo masa bawak Alya pegi tengok aeroplane kat Penang Airport. Tak der plak aeroplane cuma ada sebijik Firefly ngan DHL punya plane. So bawak pegi ikut jalan Permatang, sempat la tengok kapal terbang landing tapi kamera buat hal time plane dah sampai dekat tak leh tangkap gambor...hangin satu badan. Tapi apa pun Alya memang teruja la dapat tengok "eyopain" hehehe....





It's a bird..no..it's a plane


Firefly